Saturday 2 March 2013

Tajuk 5: Adab Terhadap Ibu Bapa

Tajuk 5: Adab Terhadap Ibu Bapa 
1. Ibu bapa ialah insan yang melahirkan, membesarkan, mendidik, menyediakan segala keperluan dan menyayangi kita kecil hingga dewasa.

2. Cara beradab kepada ibu bapa;
          a. Semasa mereka masih hidup:
                  i. Memberi layanan yang baik kepada mereka.
                  ii. Merawat mereka ketika sakit.
                  iii. Memberi bantuan kewangan yang mencukupi kepada mereka.
                  iv. Menziarahi mereka sekiranya mereka tinggal di tempat yang berasingan.

         b. Setelah mereka meninggal dunia:
                  i. Memohon keampunan kepada mereka.
                  ii. Menghormati sahabat-sahabat mereka.
                  iii. Menyempurnakan janji mereka.
                  iv. Menyelesaikan hutang mereka sekiranya mereka berhutang.

3. Akibat tidak beradab kepada ibu bapa;
         a. Mendapat azab neraka.
         b. Segala amal ibadat dan kebajikan menjadi sia-sia.
         c. Tidak diberkati oleh Allah SWT.
         d. Sering mengalami kesusahan dalam hidup.
         e. Allah SWT akan menyegerakan balasan di dunia di samping balasan azab di akhirat.

4. Kelebihan berbakti kepada dua ibu bapa;
         a. Allah SWT akan mempermudahkan urusan hidup.
         b. Hidup diberkati oleh Allah SWT.
         c. Dipandang mulia dan dihormati orang ramai.
         d. Akan mendapat kebahgiaan di dunia dan di akhirat.

No comments: