Monday 25 February 2013

Tajuk 4: Adab Terhadap Rasulullah s.a.w


Tajuk 4: Adab Terhadap Rasulullah s.a.w

i) Allah telah mewajibkan setiap mukmin untuk hormat terhadap Nabi Muhammad S.A.W seperti yang ditegaskan dalam firman Allah :
“ Wahai orang-orang yang beriman janganlah kamu mendahului Allah dan Rasul-Nya.....”  ( Al-Hujurat 49:1 )
ii) Sesungguhnya Allah mewajibkan orang yang beriman untuk taat dan cinta kepada Rasullullah seperti di dalam firmannya :
“ Wahai orang yang beriman, taatlah kepada Allah dan taatlah kepada Rasul...” ( Muhammad 47:33)
iii) Allah menjadikan Rasullullah sebagai pemimpin dan hakim seperti dalam firmannya :
“ Sesungguhnya kami telah menurunkan kitab kepadamu dengan membawa kebenaran, supaya kamu mengadili antara manusia dengan apa yang telah Allah wahyukan kepadamu.....”  ( An-Nisa’ 4:105 )
iv) Allah telah menetapkan bahawa Rasullullah adalah manusia terbaik akhlak dan budi pekertinya. Beliau memiliki kesempurnaan diri dan jiwa sehingga beliau merupakan makhluk yang paling baik dan sempurna.
Beberapa cara beradab kepada Nabi Muhammad S.A.W antaranya :
o    Hendaklah mentaati Nabi Muhammad S.A.W di samping mengikuti jejak langkahnya dalam urusan dunia dan agama.
o    Menjadikan Nabi Muhammad S.A.W sebagai orang yang paling dicintai, dihormati dan diagungkan dari seluruh makhluk Allah.
o    Mengagung dan menghormati Nabi Muhammad S.A.W apabila namanya disebut dan berselawat serta salam ke atasnya, mengakui kebenarannya dan menghargai sifat-sifatnya.
o    Membenarkan segala yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W samada soal agama dan dunia
o    Merendahkan suara di makam dan masjidnya bagi yang berpeluang menziarahinya.
o    Mencintai para salihin dan para pengikutnya kerana mereka mencintai Nabi Muhammad S.A.W serta memusuhi golongan fasiq kerana mereka membenci Nabi Muhammad S.A.W.

Tajuk 3: Adab Kepada Al-Quran


Tajuk 3: Adab Kepada Al-Quran

1. Kaum Muslimin beriktiqad bahawa kemuliaan dan kesucian serta keutamaan ayat-ayat Allah s.w.t. iaitu Kitab Al-Qur'an adalah keunggulan yang tertinggi.

2. Al-Qur'an adalah sebesar-besar mukjizat kurniaan Allah s.w.t. yang dikurniakan kepada Rasulullah s.a.w. sebagai Nabi dan Rasul akhir zaman.

3. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud :-

" Bacalah olehmu Al- Qur'an kerana ia akan datang pada hari qiamat memberi pertolongan kepada yang membacanya" (Riwayat Muslim)


4. Insan yang berpegang teguh dengan Al- Qur'an kerana ia akan mendapat keselamatan dan kesejateraan di dunia dan di akhirat.

5. Di dalam hadith- hadith Rasulullah s.a.w. memberi keutamaan akan keagungan, kesucian dan kemuliaan Al- Qur'an di dalam memperkukuhkan keimanan kaum muslimin. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :

" Sebaik -baik kamu adalah yang belajar Al- Qur'an dan mengajarkannya" (Riwayat Bukhari)

" Ahli Al- Quran adalah keluarga Allah dan orang pilihannya" (Riwayat An- Nasa'i)


6. Adab - adab di dalam membaca Al- Qur'an ialah :-
  • Berwudhuk 
  • Dibaca di dalam sucu daripada hadas
  • Dibaca di dalam keadaan mengadap kiblat 
  • Dibaca dengan tartil dan tidak terlalu cepat
  • Dibaca dengan khusyuk, tadabbur (mengamat -amati) dan menghayati dengan bersungguh-sungguh.
  • Di baca dengan memperelokkan suaranya. Sabda Rasullullah s.a.w. yang bermaksud :-
" Hiasilah olehmu Al- Qur'an dengan suaramu " (Riwayat Ahmad)