Tajuk 6: Adab
Terhadap Diri Sendiri
Kaum
muslimin percaya bahwa kebahagian di dunia dan akhirat bergantung pada perilaku
dan adab terhadap diri sendiri dan pada kesucian serta kebersihan jiwa. Begitu
juga dengan kesengsaraan disebabkan kerosakan dan kekotoran jiwa hal ini nyata
dalam firman Allah :
“ Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu, dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya” ( Asy-Syam [ 91] 9-10)
Rasullullah
bersabda :
“ Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bila melakukan sesuatu dosa terjadilah bintik hitam dalam hatinya. Bila dia bertaubat dan menghentikan dosanya dan mencela perbuatannya, hatinya akan bersinar kembali, dan apabila dosanya bertambah, akan bertambah pula bintik hitam itu hingga hatinya akan tertutup….” ( Nasa’i dan Tarmizi, hadis hasan sahih)
Oleh
yang demikian kaum muslim haruslah berusaha menjaga dirinya dengan membersih
dan menyucikan jiwanya. Kerana jiwa yang suci dan bersih dapat menjauhkan diri
dari melakukan perbuatan-perbuatan yang buruk dan boleh merosakkan. Beberapa
langkah yang perlu di lalui untuk mencapai kesucian jiwa iaitu :
a.
Taubat
Taubat
yang bermaksud menyucikan diri dari dosa dan maksiat, menyesali segala dosa
yang telah dilakukan dan berazam untuk tidak mengulangi. Seperti firman Allah
yang bermaksud:
“ Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang seikhlas-ikhlasnya, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menutupi kesalahan-kesalahanmu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai….”
(at-Tahrim[66] : 8)
Dan
sabda Rasullullah :
“ Wahai manusia, bertaubatlah kepada Allah kerana aku bertaubat setiap hari seratus kali ” ( Muslim )
b.
Muraqabah ( Pengawasan )
Umat Islam sentiasa merasakan setiap perbuatan dan pergerakan diawasi oleh Allah. Sehingga mereka yakin bahawa Allah sentiasa memerhatikan dan megetahui segala yang nyata mahupun tersembunyi.Dengan keyakinan itulah manusia merasakan jiwanya tenang mengingati Allah dan puas mendampingiNYA. Ia di nyatakan dalam firman Allah :
Umat Islam sentiasa merasakan setiap perbuatan dan pergerakan diawasi oleh Allah. Sehingga mereka yakin bahawa Allah sentiasa memerhatikan dan megetahui segala yang nyata mahupun tersembunyi.Dengan keyakinan itulah manusia merasakan jiwanya tenang mengingati Allah dan puas mendampingiNYA. Ia di nyatakan dalam firman Allah :
“ Dan siapakah yang lebih baik agamanya daripada orang yang ikhlas menyerahkan dirinya kepada Allah, sedang dia pun mengerjakan kebaikan .....”
( an-Nisa [4] : 125 )
Rasullullah
juga bersabda :
” Beribadahlah kamu kepada Allah seperti kamu melihat-NYA, apabila kamu tidak melihat Allah, sesungguhnya Dia melihatmu ......”(Muttafaq ’alaih)
c.
Muhassabah
Melakukan
perhitungan terhadap diri sendiri di atas apa yang telah dilakukan demi
mengecapi kebahagian di dunia dan akhirat. Sentiasa membuat perhitungan dengan
apa yang telah dilakukan. Andainya apa yang dilakukan adalah perkara-perkara
yang dilarang, maka mestilah segera beristigfar menyesali perbuatan dan segera
bertaubat dan membuat kebaikan. Inilah yang dimaksudkan dengan muhassabah
terhadap diri sendiri.Ianya satu cara memperbaiki, mendidik, menyuci dan membersihkan
diri
Allah
berfirman :
“ Hai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memerhatikan apa yang telah dilakukannya untuk hari esok (akhirat), dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. ”
(al-Hasyr [59] : 18)
d.
Mujahadah (Berjuang Melawan Hawa Nafsu)
Hawa Nafsu adalah musuh yang paling besar bagi setiap individu Islam. Hawa nafsu hanya cenderung untuk melakukan kejahatan dan menjauhi kebaikan.
Hawa Nafsu adalah musuh yang paling besar bagi setiap individu Islam. Hawa nafsu hanya cenderung untuk melakukan kejahatan dan menjauhi kebaikan.
Allah
telah berfirman :
“ Dan Aku tidak membebaskan diriku (dari kesalahan), kerana sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh kepada kejahatan.....” (Yusuf [12] : 53 )
Sebagai
umat Islam seharusnya kita berjuang untuk melawan hawa nafsu jangan sampai
ianya menguasai diri kita. Didiklah nafsu agar tenang dan tenteram serta suci
dan bersih. Allah berfirman :
“ Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik.”
(al-Ankabut : 69)
Sebagai umat Islam kita mestilah sentiasa berjuang di jalan Allah demi memastikan nafsu terkawal, baik, bersih, suci dan tenteram serta memperolehi kemuliaan dan keredhaan dari Allah S.W.T.
No comments:
Post a Comment