TIDAK SEMPURNA IMAN SESEORANG DARIPADA KAMU SELAGIMANA DIA BELUM MENCINTAI SAUDARANYA SESAMA MUSLIM SEBAGAIMANA DIA MENCINTAI DIRINYA SENDIRI...
Sunday, 17 March 2013
Monday, 11 March 2013
JAWAPAN
• - Memberi salam apabila bertemu
• - Bercakap dengan bahasa yang sopan
• - Menolong guru dengan ikhlas
•
• - Ilmu yang dipelajari tidak berkat
• - Tidak bermoral dan rendah budipekerti
• - Mudah terpengaruh dengan unsur negatif
•
• - Memperolehi ilmu yang diberkati Allah
• - Mendapat kejayaan dunia akhirat
• - Dikurniakan taufik dan hidayah
•
• - Mendidik ke arah kebaikan
• -
Menyampaikan ilmu kemahiran
• -
Menjadi role model
•Pelajar yang beradab
Bermanis muka apabila ditegur guru
•- Mengucap terima kasih selepas guru
• selesai mengajar
•- Bertanya khabar apabila bertemu guru
• di luar
•Pelajar yang kurang sopan
•Bermasam muka apabila ditegur guru
•Tidak berterima kasih kepada guru
•Tidak mengindahkan guru
Soalan :
1 : Terangkan dua cara beradab dengan guru.
2 : Apakah akibat terhadap orang yang tidak beradab dengan guru.
3 : Mengapakah kita diwajibkan menghormati guru.
4 : Jelaskan peranan guru dalam masyarakat.
5 : Berikan dua perbezaan antara pelajar yang beradab dengan pelajar yang kurang sopan kepada guru.

Wednesday, 6 March 2013
Tuesday, 5 March 2013
Sifat Harus Bagi Allah s.w.t
Sifat Harus Bagi Allah s.w.t
Adalah sifat yang harus pada hak Allah Ta’ala hanya satu sahaja iaitu Harus bagi Allah mengadakan sesuatu atau tidak mengadakan sesuatu atau di sebut sebagai mumkin. Mumkin ialah sesuatu yang harus ada dan tiada.
Sifat Mustahil Bagi Allah s.w.t
Sifat Mustahil Bagi Allah s.w.t
Wajib atas tiap-tiap mukallaf mengetahui sifat-sifat yang mustahil bagi Allah yang menjadi lawan daripada dua puluh sifat yang wajib baginya. Maka dengan sebab itulah di nyatakan di sini sifat-sifat yang mustahil satu-persatu :
1. ‘Adam beerti “tiada”
2. Huduth beerti “baharu”
3. Fana’ beerti “binasa”
4. Mumathalatuhu Lilhawadith beerti “menyerupai makhluk”
5. Qiyamuhu Bighayrih beerti “berdiri dengan yang lain”
6. Ta’addud beerti “berbilang-bilang”
7. ‘Ajz beerti “lemah”
8. Karahah beerti “terpaksa”
9. Jahl beerti “jahil/bodoh”
10. Mawt beerti “mati”
11. Samam beerti “tuli”
12. ‘Umy beerti “buta”
13. Bukm beerti “bisu”
14. Kaunuhu ‘Ajizan beerti “keadaannya yang lemah”
15. Kaunuhu Karihan beerti “keadaannya yang terpaksa”
16. Kaunuhu Jahilan beerti “keadaannya yang jahil/bodoh”
17. Kaunuhu Mayyitan beerti “keadaannya yang mati”
18. Kaunuhu Asam beerti “keadaannya yang tuli”
19. Kaunuhu A’ma beerti “keadaannya yang buta”
20. Kaunuhu Abkam beerti “keadaannya yang bisu”
Monday, 4 March 2013
Tajuk 7: Adab Bercakap Dalam Majlis
Tajuk 7: Adab Bercakap Dalam Majlis
1. Majlis adalah perkataan Arab yang bermaksud tempat duduk atau tempat berhimpun.2
2. Majlis terbahagi kepada dua iaitu majlis yang baik seperti majlis ilmu, majlis zikir dan sebagainya.
3. Majlis kedua ialah majlis yang buruk seperti konsert, muzik rock, pesta liar dan yang seumpama dengannya.
4. Adab dalam majlis;
(i) Bercakap dengan suara yang lemah lembut.
7. Kelebihan bercakap benar;
(i) Mendapat kepercayaan masyarakat.

(ii) Bercakap hanya perkara yang berfaedah dan bermanfaat.
(iii) Menghormati orang lain.
(iv) Tidak menyinggung perasaan orang lain.
(v) Memandang muka orang yang mendengar ketika bercakap.
5. Kelebihan beradab dalam majlis;
(i) Matlamat yang dikehendaki akan tercapai.
5. Kelebihan beradab dalam majlis;
(i) Matlamat yang dikehendaki akan tercapai.
(ii) Dihormati dan dipandang mulia orang lain.
(iii) Mendapat keredaan Allah SWT.
(iv) Maklumat yang disampaikan jelas dan berkesan.
6. Kesan tidak beradab dalam majlis;
(i) Matlamat tidak akan tercapai.
6. Kesan tidak beradab dalam majlis;
(i) Matlamat tidak akan tercapai.
(ii) Suasana yang tegang akan timbul dalam majlis.
(iii) Dibenci dan dihina oleh orang lain.
(iv) Mudah menimbulkan fitnah dan prangsangka buruk.
7. Kelebihan bercakap benar;
(i) Mendapat kepercayaan masyarakat.
(ii) Kehidupan tenang dan tenteram.
(iii) Terhindar daripada dosa.
(iv) Mendapat keampuan dan keredaan Allah SWT.
Sunday, 3 March 2013
MALAIKAT DAN TUGAS-TUGASNYA..
Malaikat dalam Islam, merupakan hamba dan ciptaan Allah yang dijadikan daripada cahaya lagi mulia dan terpelihara daripada maksiat. Mereka tidak berjantina, tidak bersuami atau isteri, tidak beribu atau berbapa dan tidak beranak.
Mereka tidak tidur dan tidak makan serta tidak minum. Mereka mampu menjelma kepada rupa yang dikehendaki dengan izin Allah. Sebagai contoh malaikat datang kepada kaum Lut menyerupai lelaki yang kacak (Surah Hud 11, ayat 78).
Malaikat dikatakan mempunyai sayap dan mampu terbang dengan laju (sesuai dengan dengan cahaya yang bergerak laju).
Muslim wajib beriman kepada malaikat. Nama dan tugas 10 Malaikat.
Muslim wajib beriman kepada malaikat. Nama dan tugas 10 Malaikat.
- Jibrail ( جبرائيل/جبريل ) Menyampaikan wahyu Allah.
- Mikail ( ميكائيل ) Menyampaikan/membawa rezeki yang ditentukan Allah.
- Israfil ( إسرافيل ) Meniup sangkakala apabila diperintahkan Allah di hari Akhirat
- Izrail ( عزرائيل ) Mencabut nyawa.
- Munkar ( منكر ) Menyoal mayat di dalam kubur
- Nakir ( نكير ) Menyoal mayat di dalam kubur
- Ridhwan ( رضوان ) Menjaga pintu syurga dan menyambut ahli syurga.
- Malik ( مالك ) Menjaga pintu neraka dan menyambut ahli neraka.
- Raqib ( رقيب ) Mencatat segala amalan baik manusia.
- Atid ( عتيد ) Mencatat segala perlakuan buruk manusia.
TAHUKAH ANDA...?
NAMA-NAMA SYAITAN DAN TUGAS-TUGASNYA
Rupa-rupanya syaitan mempunyai organisasi yang lengkap dan teratur. Patutlah kebanyakan manusia tersungkur dengan godaan mereka.
Apatah lagi Iblis, bapa segala syaitan telah diberikan ijazah oleh Allah dalam ilmu menggoda manusia sehingga manusia semuanya tidak akan beriman kepada Allah. Tetapi Allah menyebutkan bahawa orang-orang yang ikhlas tidak akan dapat diperdaya oleh Iblis dan tenteranya.
Bagi mereka yang beriman syaitan akan membisikkan was-was, gelisah dan sebagainya. Begitulah hebatnya perancangan dan gerak kerja syaitan yang terus berjalan tanpa henti dan mengira masa. Syaitan telah membahagikan tugas-tugas tertentu kepada ketua-ketua mereka yang tertentu pula.
1-Qarin – mendampingi manusia sejak lahir lagi bagi mengajak, merayu dan menipu supaya menyimpang jauh dari jalan yang diridhai Allah.
2-al Wilhan –menggoda dan mengganggu manusia sedang wudhuk
3-al Hinzab – mengganggu manusia sedang solat
4-Thibr- bertugas khusus untuk membinasakan manusia.
5-Awar- menggoda manusia untuk melakukan zina.
6-Mabsut – membisikkan manusia supaya berdusta.
7-Dasim – Bertugas semata-mata menjadikan supaya manusia bersengketa dengan keluarga.
8-Zalanbur- Bertugas dipasar-pasar membisikkan dan memberansang manusia supaya melakukan penipuan semasa menjula beli.
Itu adalah antara nama-nama syaitan dan tugas-tugas yang dipertanggung jawabkan yang dapat dicatatkan disini. Pengkhususanini menjadikan syaitan tersebut begitu mahir dengan tugas mereka dan faham benar akan kelemahan manusia. Semakin tinggi ilmu agama yang dimiiki oleh seseorang manusia itu, semakin tinggi azam dan usaha syaitan bagi membinasakan manusia dengan menghantar bala tentera dan pengikutnya yang standing atau yang lebih tinggi dari taraf manusia yang hendak dibinasakan itu.
Ada manusia yang menjadikan syaitan itu gurunya. Jadilah syaitan itu bersarang dalam uratdarahnya. Ada juga manusia menjadikan syaitan itu hambanya yang mereka sangka bahawa mereka memiliki sesuatu yang luar biasa. Tetapi itu adalah perangkap syaitan bagi menyesatkan manusia. Sehinggakan manusia tidak dapat menggunakan akalnya yang waras dalam mencari dan mengikut kebenaran. Dan akhirnya manusia ini tidak sempat bertaubat dan menjadi rakan syaitan di dunia dan di dalam neraka Allah buat selama-lamanya.
Kita minta dijauhkan oleh Allah akan perkara yang sedemikian. Nauuzubbillahi minasysyaitanirrajim. Kita mohon perlindungan dengan Allah daripada syaitan yang kena rejam..

Sifat 20: Bahagian 4
Sifat 20: Bahagian 4
Adalah sifat-sifat yang wajib bagi Allah s.w.t. yang wajib bagi Allah yang wajib diketahui dengan tafsil ( satu persatu ) iaitu 20 sifat :
16.Kaunuhu 'Aliman : Ertinya : Keadaan Allah Ta'ala Yang Mengetahui akan Tiap-tiap sesuatu. |
Hakikatnya iaitu sifat yang berdiri dengan zat Allah Ta'ala , tiada ia maujud dan tiada ia ma'adum , iaitu lain daripada sifat Al-Ilmu. |
17.Kaunuhu Haiyan : Ertinya : Keadaan Allah Ta'ala Yang Hidup. |
Hakikatnya iaitu sifat yang berdiri dengan zat Allah Ta'ala, tiada ia maujud dan tiada ia ma'adum , iaitu lain daripada sifat Hayat. |
18.Kaunuhu Sami'an : Ertinya : Keadaan Allah Ta'ala Yang Mendengar akan tiap-tiap yang Maujud. |
Hakikatnya iaitu sifat yang berdiri dengan zat Allah Ta'ala, tiada ia maujud dan tiada ia ma'adum, iaitu lain daripada sifat Sama'. |
19.Kaunuhu Bashiran : Ertinya : Keadaan Allah Ta'ala Yang Melihat akan tiap-tiap yang Maujudat ( Benda yang ada ). |
Hakikatnya iaitu sifat yang berdiri dengan zat Allah Ta'ala, tiada ia maujud dan tiada ia ma'adum , iaitu lain daripada sifat Bashar. |
20.Kaunuhu Mutakalliman : Ertinya : Keadaan Allah Ta'ala Yang Berkata-kata. |
Hakikatnya iaitu sifat yang berdiri dengan zat Allah Ta'ala, tiada ia maujud dan tiada ia ma'adum , iaitu lain daripada sifat Qudrat. |
Sifat 20: Bahagian 3
Sifat 20: Bahagian 3
Adalah sifat-sifat yang wajib bagi Allah s.w.t. yang wajib bagi Allah yang wajib diketahui dengan tafsil ( satu persatu ) iaitu 20 sifat :
11. Al - Samu’ : Ertinya : Mendengar Allah Ta'ala. |
Hakikatnya ialah sifat yang tetap ada yang qadim lagi azali berdiri pada |
12. Al – Bashar : Ertinya : Melihat Allah Ta'ala . |
Hakikatnya ialah satu sifat yang tetap ada yang qadim lagi azali berdiri |
13 . Al – Kalam : Ertinya : Berkata-kata Allah Ta'ala. |
Hakikatnya ialah satu sifat yang tetap ada , yang qadim lagi azali , |
14. Kaunuhu Qadiran : Ertinya : Keadaan Allah Ta'ala Yang Berkuasa Mengadakan Dan Mentiadakan. |
Hakikatnya iaitu sifat yang berdiri dengan zat Allah Ta'ala , |
15.Kaunuhu Muridan : Ertinya : Keadaan Allah Ta'ala Yang Menghendaki dan menentukan tiap-tiap sesuatu. |
Hakikatnya iaitu sifat yang berdiri dengan zat Allah Ta'ala , |
Saturday, 2 March 2013
Sifat 20: Bahagian 2
Sifat 20: Bahagian 2
Adalah sifat-sifat yang wajib bagi Allah s.w.t. yang wajib bagi Allah yang wajib diketahui dengan tafsil ( satu persatu ) iaitu 20 sifat :
6. Al – Wahdaniyyah. Ertinya : Esa Allah Ta'ala pada zat , pada sifat dan pada perbuatan. |
Maka hakikatnya ibarat daripada menafikan berbilang pada zat , pada |
7. Al – Qudrah : Ertinya : Kuasa qudrah Allah s.w.t. memberi bekas pada mengadakan meniadakan tiap-tiap sesuatu. |
Pada hakikatnya ialah satu sifat yang qadim lagi azali yang thabit |
8. Al – Iradah : Ertinya : Menghendaki Allah Ta'ala. |
Maksudnya menentukan segala mumkin tentang adanya atau |
9. Al – Ilmu : Ertinya : Mengetahui Allah Ta'ala . |
Maksudnya nyata dan terang meliputi tiap-tiap sesuatu sama ada yang |
10. Al – Hayat . Ertinya : Hidup Allah Ta'ala. |
Hakikatnya ialah satu sifat yang tetap qadim lagi azali berdiri pada zat |
Sifat 20: Bahagian 1
Sifat 20: Bahagian 1
Adalah sifat-sifat yang wajib bagi Allah s.w.t. yang wajib bagi Allah yang wajib diketahui dengan tafsil ( satu persatu ) iaitu 20 sifat :
1. Wujud : Ertinya Ada |
Iaitu tetap dan benar yang wajib bagi zat Allah Ta'ala yang tiada disebabkan dengan sesuatu sebab. Maka wujud ( Ada ) – disisi Imam Fakhru Razi dan Imam Abu Mansur Al-Maturidi bukan ia a'in maujud dan bukan lain daripada a'in maujud , maka atas qaul ini adalah wujud itu Haliyyah ( yang menepati antara ada dengan tiada) . |
2. Qidam : Ertinya Sedia |
Pada hakikatnya menafikan ada permulaan wujud Allah s.w.t kerana Allah s.w.t. menjadikan tiap-tiap suatu yang ada, yang demikian tidak dapat tidak keadaannya lebih dahulu daripada tiap-tiap sesuatu itu. Jika sekiranya Allah Ta'ala tidak lebih dahulu daripada tiap-tiap sesuatu, maka hukumnya adalah mustahil dan batil. Maka apabila disebut Allah s.w.t. bersifat Qidam maka jadilah ia qadim. Di dalam Ilmu Tauhid ada satu perkataan yang sama maknanya dengan Qadim iaitu Azali. Setengah ulama menyatakan bahawa kedua-dua perkataan ini sama maknanya iaitu sesuatu yang tiada permulaan baginya. Maka qadim itu khas dan azali itu am. Dan bagi tiap-tiap qadim itu azali tetapi tidak boleh sebaliknya, iaitu tiap-tiap azali tidak boleh disebut qadim. Adalah qadim dengan nisbah kepada nama terbahagi kepada empat bahagian : |
3. Baqa' : Ertinya Kekal |
Sentiasa ada, kekal ada dan tiada akhirnya Allah s.w.t . Pada hakikatnya ialah menafikan ada kesudahan bagi wujud Allah Ta'ala. Adapun yang lain daripada Allah Ta'ala , ada yang kekal dan tidak binasa Selama-lamanya tetapi bukan dinamakan kekal yang hakiki ( yang sebenar ) Bahkan kekal yang aradhi ( yang mendatang jua seperti Arasy, Luh Mahfuz, Qalam, Kursi, Roh, Syurga, Neraka, jisim atau jasad para Nabi dan Rasul ). |
4. Mukhalafatuhu Ta'ala Lilhawadith. Ertinya : Bersalahan Allah Ta'ala dengan segala yang baharu. |
Pada zat , sifat atau perbuatannya sama ada yang baru , yang telah |
5. Qiamuhu Ta'ala Binafsihi : Ertinya : Berdiri Allah Ta'ala dengan sendirinya . |
Tidak berkehendak kepada tempat berdiri ( pada zat ) dan tidak |
Mengenal Allah S.W.T.
Mengenal
Allah S.W.T.
1.
Mengenal Allah s.w.t adalah fardhu Ain atas tiap-tiap mukallaf dengan
mengetahui namaNya dan sifat-sifatNya yang bertepatan dengan syarak yang
berlandaskan ajaran para Nabi dan Rasul.
2.
Nama-nama Allah s.w.t (Al-Asma ‘ul-Husna) dan sifat-sifat yang Maha Besar dan
Maha Tinggi. Nama Allah s.w.t yang lebih masyhur di antara segala nama-namaNya
ialah Allah, disebut lafaz Al-Jalalah (Lafaz yang Maha Besar) dan yang lain
daripada ini diketahui melalui Al-Quran dan Al-Hadith. Semuanya sentiasa menjadi
sebutan umat Islam contohnya Ar-Rahman, Ar-Rahim, Al-Quddus, As-Salam,
Al-Mukmin.
3.
Sifat-sifat yang diketahui oleh mukallaf terbahagi kepada dua bahagian :-
- Mengetahui sifat-sifat Allah s.w.t dengan Ijmali (Ringkas) iaitu bahawa beriktiqad dan berpegang oleh seseorang dengan iktiqad yang putus (jazam) bahawa wajib bagi Allah s.w.t bersifat dengan sifat-sifat kesempurnaan yang layak dengan keadaan ketuhanan dan mustahil atasNya bersifat dengan apa-apa jua sifat kekurangan.
- Mengetahui sifat-sifat Allah s.w.t dengan jalan tafsili (satu persatu) iaitu bahawa beriktiqad dan berpegang oleh seseorang dengan iktiqad yang putus dengan dalil aqli (dengan akal) dan dalil naqli (dengan Al-Quran dan Hadith) bahawa wajib dan beriktiqad dengan iktiqad yang putus dengan dalil aqli dan naqli. Maka mustahil atas Allah s.w.t bersifat dengan segala lawan sifatyang wajib tersebut.
4.
Mengenal Allah s.w.t wajib melalui tiga perkara :-
- Iktiqad yang putus (jazam) iaitu tiada syak, dzan dan waham. Jika iktiqadnya ada salah satu daripada tiga tadi maka tidak dinamakan mengenal Allah s.w.t.
- Muafakat (bersetuju) iktiqad itu dengan yang sebenar (bertepatan dengan iktiqad Ahli Sunnah Wal-Jamaah), maka tidak dinamakan mengenal jika iktiqad tidak bertepatan dengan yang sebenar (Ahli Sunnah Wal-Jamaah) seperti iktiqad orang Nasrani dan Yahudi.
- Dengan dalil sekalipun dengan dalil ijmali, jika iktiqadnya putus (jazam) serta bertepatan dengan Ahli Sunnah Wal-Jamaah tetapi jika tidak dengan dalil maka dinamakan taqlid.
5.
Iktiqad yang tidak terputus atau tidak bertepatan dengan Ahli Sunnah
Wal-Jamaah, maka para ulama membuat persetujuan bahawa menghukum orang itu
kafir. Dan bagi iktiqad orang bertaqlid itu timbul perselisihan ulama padanya.
Mengikut qaul yang muktamad orang yang bertaqlid itu tidak dihukumkan kafir
jika taqlidnya putus dengan dihukum mukmin yang menderhaka (jika ia belajar
maka tidak dihukumkan mukmin yang derhaka).
6.
Makna taqlid ialah menerima perkataan orang lain dengan tidak mengetahui dalil
dan keterangan.
7.
Taqlid terbahagi kepada dua bahagian :-
- 1) Taqlid Jazam (putus)
- 2) Taqlid yang tidak Jazam (Tidak Putus)
8. Kesimpulannya iman orang yang bertaqlid sentiasa di dalam bahaya atau bimbang dan tergantung kebenarannya atas orang yang diikutinya. Jika benar perjalanan orang yang diikutinya seperti guru-gurunya maka mengikutnya selamat, tetapi jika sebaliknya binasalah mereka.
9.
Hendaklah seseorang itu bersungguh-sungguh menuntut Ilmu Tauhid yang sahih
supaya terlepas ia daripada syak dan waham dalam iman kerana di akhir zaman ini
terdapat ramai ahli-ahli bida’ah.
10.
Taqlid itu membawa mudharat kerana jalan membawa kepada sesat yang amat hina
yang tiada layak pada seseorang manusia.
Kejadian Alam
Kejadian Alam
Sesungguhnya apabila seseorang itu berfikir dan meneliti kejadian
alam ini maka ia dapat petunjuk bahawa Allah s.w.t yang telah menjadikannya.
1. Melihat sesuatu kejadian yang ada disekeliling kita seperti
kerusi atau meja dan sebagainya maka kita dapati kerusi atau meja tersebut
tidak boleh ada dengan sendirinya melainkan ada yang membuatnya dan yang
mengadakannya.
Maka dengan itu kita beri’tiqad dan percaya alam ini tidak boleh
ada dengan sendirinya melainkan ada yang menjadikan dan menciptakannya tentulah
Allah s.w.t yang Maha Pencipta.
2. Kita meneliti dan mengkaji dengan lebih jauh lagi akan
perbuatan-perbuatan orang yang membuat kerusi atau meja ada yang berbagai
bentuk dan rupa, yang mana mereka sentiasa membuat dan mengukir kerusi atau
meja tadi dengan lebih baik dan lebih halus lagi ukirannya tetapi tidak pernah
lengkap dan sempurna.
Maka itu kelemahan dan kekurangan manusia yang mengikut kadar dan
ilmu serta kekuatan yang dianugerahkan oleh Allah Ta'ala. Maka kita menyedari
bahawa Allah Ta’ala adalah Maha Sempurna di dalam mencipta kejadian alam ini.
3. Kita melihat akan kejadian langit dan bumi ini dan alam
cekerawala ini daripada manusia, bulan, matahari, haiwan, tumbuh-tumbuhan yang
mana setiap jenis dijadikan dengan cukup lengkap dan sempurna. Contohnya
manusia yang dijadikan adalah sebaik-baik kejadian iaitu: berakal, bertutur,
mendengar dan lain-lain sifat lagi.
Dan apabila kita perhatikan alam cekerawala seperti bumi, langit,
bulan, matahari dan lain-lain yang mana semuanya dicipta untuk manafaat dan
keperluan semua makhluk yang mana semua itu melemahkan akal para cerdik pandai
memikirkan segala kejadian tersebut yang tiada tolok bandingnya. Maka nyatalah
di sini bahawa penciptanya mempunyai kuasa yang Maha Sempurna, Ilmu yang Maha
luas dan bersifat dengan segala sifat kesempurnaan yang Maha Suci dari segala
sifat kekurangan.
Sesungguhnya dari Kaedah Syar’iyyah dan berita para Nabi bahawa
yang menjadikan alam ini ialah Allah s.w.t kerana segala perbuatanNya
menunjukkan bekas bagi segala sifat yang Maha Suci dan tidaklah makhluk dapat
mengetahui hakikatnya kerana segala makhluk ciptaanNya sentiasa bersifat lemah
dan mempunyai segala kekurangan.
Tajuk 6: Adab Terhadap Diri Sendiri
Tajuk 6: Adab
Terhadap Diri Sendiri
Kaum
muslimin percaya bahwa kebahagian di dunia dan akhirat bergantung pada perilaku
dan adab terhadap diri sendiri dan pada kesucian serta kebersihan jiwa. Begitu
juga dengan kesengsaraan disebabkan kerosakan dan kekotoran jiwa hal ini nyata
dalam firman Allah :
“ Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu, dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya” ( Asy-Syam [ 91] 9-10)
Rasullullah
bersabda :
“ Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bila melakukan sesuatu dosa terjadilah bintik hitam dalam hatinya. Bila dia bertaubat dan menghentikan dosanya dan mencela perbuatannya, hatinya akan bersinar kembali, dan apabila dosanya bertambah, akan bertambah pula bintik hitam itu hingga hatinya akan tertutup….” ( Nasa’i dan Tarmizi, hadis hasan sahih)
Oleh
yang demikian kaum muslim haruslah berusaha menjaga dirinya dengan membersih
dan menyucikan jiwanya. Kerana jiwa yang suci dan bersih dapat menjauhkan diri
dari melakukan perbuatan-perbuatan yang buruk dan boleh merosakkan. Beberapa
langkah yang perlu di lalui untuk mencapai kesucian jiwa iaitu :
a.
Taubat
Taubat
yang bermaksud menyucikan diri dari dosa dan maksiat, menyesali segala dosa
yang telah dilakukan dan berazam untuk tidak mengulangi. Seperti firman Allah
yang bermaksud:
“ Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang seikhlas-ikhlasnya, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menutupi kesalahan-kesalahanmu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai….”
(at-Tahrim[66] : 8)
Dan
sabda Rasullullah :
“ Wahai manusia, bertaubatlah kepada Allah kerana aku bertaubat setiap hari seratus kali ” ( Muslim )
b.
Muraqabah ( Pengawasan )
Umat Islam sentiasa merasakan setiap perbuatan dan pergerakan diawasi oleh Allah. Sehingga mereka yakin bahawa Allah sentiasa memerhatikan dan megetahui segala yang nyata mahupun tersembunyi.Dengan keyakinan itulah manusia merasakan jiwanya tenang mengingati Allah dan puas mendampingiNYA. Ia di nyatakan dalam firman Allah :

“ Dan siapakah yang lebih baik agamanya daripada orang yang ikhlas menyerahkan dirinya kepada Allah, sedang dia pun mengerjakan kebaikan .....”
( an-Nisa [4] : 125 )
Rasullullah
juga bersabda :
” Beribadahlah kamu kepada Allah seperti kamu melihat-NYA, apabila kamu tidak melihat Allah, sesungguhnya Dia melihatmu ......”(Muttafaq ’alaih)
c.
Muhassabah
Melakukan
perhitungan terhadap diri sendiri di atas apa yang telah dilakukan demi
mengecapi kebahagian di dunia dan akhirat. Sentiasa membuat perhitungan dengan
apa yang telah dilakukan. Andainya apa yang dilakukan adalah perkara-perkara
yang dilarang, maka mestilah segera beristigfar menyesali perbuatan dan segera
bertaubat dan membuat kebaikan. Inilah yang dimaksudkan dengan muhassabah
terhadap diri sendiri.Ianya satu cara memperbaiki, mendidik, menyuci dan membersihkan
diri
Allah
berfirman :
“ Hai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memerhatikan apa yang telah dilakukannya untuk hari esok (akhirat), dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. ”
(al-Hasyr [59] : 18)
d.
Mujahadah (Berjuang Melawan Hawa Nafsu)
Hawa Nafsu adalah musuh yang paling besar bagi setiap individu Islam. Hawa nafsu hanya cenderung untuk melakukan kejahatan dan menjauhi kebaikan.
Hawa Nafsu adalah musuh yang paling besar bagi setiap individu Islam. Hawa nafsu hanya cenderung untuk melakukan kejahatan dan menjauhi kebaikan.
Allah
telah berfirman :
“ Dan Aku tidak membebaskan diriku (dari kesalahan), kerana sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh kepada kejahatan.....” (Yusuf [12] : 53 )
Sebagai
umat Islam seharusnya kita berjuang untuk melawan hawa nafsu jangan sampai
ianya menguasai diri kita. Didiklah nafsu agar tenang dan tenteram serta suci
dan bersih. Allah berfirman :
“ Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik.”
(al-Ankabut : 69)
Sebagai umat Islam kita mestilah sentiasa berjuang di jalan Allah demi memastikan nafsu terkawal, baik, bersih, suci dan tenteram serta memperolehi kemuliaan dan keredhaan dari Allah S.W.T.
Subscribe to:
Posts (Atom)