Lafaz syahadah ialah :
Ertinya :
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah |
Syahadah ini hendaklah dilafazkan dengan lidah dan ditasdiqkan (ingatkan dengan tetap) di dalam hati. |
![]() | RUKUN SYAHADAH |
Berikut adalah huraian mengenai rukun, syarat dan perkara-perkara yang boleh merosakkan aqidah.Menurut Ulama’ Usuluddin Rukun Syahadah ada 4, iaitu :
![]() | Menetapkan zat Allah. |
![]() | Mengakui zat Allah iaitu sifat Allah adalah paling sempurna. |
![]() | Menetapkan perbuatan Allah sebagai perbuatan Dia sahaja dan tidak sama dengan perbuatan makhluk. |
![]() | Menetapkan dan meyakini bahawa agama yang dibawa Rasulullah sahaja yang benar. |
![]() | SYARAT SYAHADAH |
![]() | Mampu menyebut dan membacakan kalimah Shahadah ( diucapkan dengan lidah ). |
![]() | Hendaklah meyakini dalam hati maksud syahadah iaitu meyakini hak-hak Allah dan Rasul. |
![]() | Jangan ada di dalamnya syak ( 70 – percaya, 30 – tidak percaya ) |
![]() | Jangan ada di dalamnya zan ( 50 - percaya dan 50 tidak percaya ) |
![]() | Jangan ada waham ( 30 – percaya dan 70 lagi tidak percaya ). |
![]() | Beramal dengan apa yang diyakini, dan menolak segala sesuatu yang merosakkan syahadah. |
![]() | IMPLIKASI SYAHADAH YANG SEBENAR |
![]() | Kesan Dunia – Memberi kebahagiaan sepanjang hidup dan tidak akan tersesat. |
![]() | Kesan Akhirat – bawa syahadah bila bertemu Allah dan Allah akan bertanya kalimah tersebut di alam barzakh sehingga ke padang Mahsyar. Menentukan kebahagiaan kehidupan di akhirat. |
![]() | 10 PERKARA YANG MEMBATALKAN SYAHADAH |
![]() | Menyekutukan Allah |
![]() | Bertawakal kepada makhluk (gantung nasib pada makhluk), Konsep sebenarnya kepada Allah taala sahaja. |
![]() | Mengkafirkan orang Islam yang telah nyata Islamnya. Dan tidak mengkufurkan orang kafir yang telah nyata kufurnya. |
![]() | akin dan percaya ideologi yang dibawa oleh manusia lebih baik daripada sistem Islam. |
![]() | Mencaci Nabi dan Sunnahnya. |
![]() | Hukum Allah menjadi sendaan dan gurauan. |
![]() | Menenung nasib dan bermain sihir. |
![]() | Membantu orang kafir untuk merosakkan Islam |
![]() | Beranggapan bahawa keluar daripada Islam tidak apa-apa |
![]() | Menolak sebahagian daripada Al-Quran dan menerima sebahagian Al-Quran. |
No comments:
Post a Comment