DOA SEBELUM MAKAN
YA ALLAH berkatilah kepada kami apa jua rezeki yang ENGKAU berikan kepada kami dan jauhkanlah kami dari azab neraka...Amin...
TIDAK SEMPURNA IMAN SESEORANG DARIPADA KAMU SELAGIMANA DIA BELUM MENCINTAI SAUDARANYA SESAMA MUSLIM SEBAGAIMANA DIA MENCINTAI DIRINYA SENDIRI...
“ Wahai orang-orang yang beriman janganlah kamu mendahului Allah dan Rasul-Nya.....” ( Al-Hujurat 49:1 )ii) Sesungguhnya Allah mewajibkan orang yang beriman untuk taat dan cinta kepada Rasullullah seperti di dalam firmannya :
“ Wahai orang yang beriman, taatlah kepada Allah dan taatlah kepada Rasul...” ( Muhammad 47:33)
“ Sesungguhnya kami telah menurunkan kitab kepadamu dengan membawa kebenaran, supaya kamu mengadili antara manusia dengan apa yang telah Allah wahyukan kepadamu.....” ( An-Nisa’ 4:105 )
" Bacalah olehmu Al- Qur'an kerana ia akan datang pada hari qiamat memberi pertolongan kepada yang membacanya" (Riwayat Muslim)
" Sebaik -baik kamu adalah yang belajar Al- Qur'an dan mengajarkannya" (Riwayat Bukhari)
" Ahli Al- Quran adalah keluarga Allah dan orang pilihannya" (Riwayat An- Nasa'i)
" Hiasilah olehmu Al- Qur'an dengan suaramu " (Riwayat Ahmad)
"Dan Dia telah memberi kepada kamu sebahagian dari tiap-tiap apa jua yang kamu hajati dan jika kamu menghitung nikmat Allah nescaya lemahlah kamu menentukan bilangannya" ( Surah Ibrahim - Ayat 34 )
"Dan apa sahaja nikmat yang ada pada kamu, maka dari Allah (datangnya)......." ( Surah An- Nahl - Ayat 53 )
"Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu). ( Surah Al-Baqarah - Ayat 152 )
" .... Dan hanya kepada Allah hendaknya kamu bertawakal , jika kamu benar-benar orang yang beriman ". ( Surah Al - Maidah - Ayat 23 )
Sebagaimana firman Allah yang bermaksud : " ..... dan rahmatKu meliputi segala sesuatu...." . ( Surah Al-A'raf - Ayat 156 )
" Dan barangsiapa yang taat kepada Allah dan rasulNya dan takut kepada Allah dan bertakwa kepadaNya , maka mereka adalah orang-orang yang mendapat kemenangan ". ( Surah An-Nur - Ayat 52 )
" Padahal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadah kepadanya , lagi tetap teguh di atas tauhid, dan supaya mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, dan yang demikian itulah agama yang benar ".
" Sesungguhnya setiap amalan itu dengan niat dan sesungguhnya bagi tiap-tiap seseorang itu apa yang diniatkan ".
BERIMAN KEPADA ALLAH | |
Dengan Iman, kita membulatkan keyakinan dan menundukkan diri serta hati kita hanya kepadaNya. Secara positif kita menuju Tauhid yang semurni-murninya dan secara negatif kita menolak segala bentuk pemujaan selain Allah swt | |
BERIMAN KEPADA MALAIKAT-MALAIKAT | |
Dengan Iman, kita mempercayai adanya makhluk ghaib yang bernama malaikat yang menjalankan tugasnya mengikut perintah Allah. Secara positif kita percaya kepada alam ghaib yang ditegaskan oleh Allah. Secara negatif kita menolak segala bentuk benda ghaib yang tidak dinyatakan oleh Allah. | |
BERIMAN KEPADA KITAB-KITAB | |
Dengan beriman kepada kitab-kitab suci, kita mempercayai adanya kitab-kitab Allah yang memimpin manusia, yang diakhiri dengan kitab AL QURAN | |
BERIMAN KEPADA NABI DAN RASUL | |
Dengan beriman kepada nabi-nabi dan rasul-rasul, kita mempercayai adanya manusia pilihan yang diutuskan oleh Allah untuk memberi petunjuk, yang diakhiri oleh Nabi Muhammad SAW | |
BERIMAN KEPADA HARI KIAMAT | |
Dengan beriman,kita mempercayai bahawa disebalik kehidupan di dunia yang fana ini masih ada lagi kehidupan yang abadi dan berkekalan iaitu disuatu tempat penentuan kedudukan manusia sama ada di Syurga atupun di Neraka. | |
BERIMAN KEPADA QADA' DAN QADAR | |
Dengan beriman kepada Qada' dan Qadar, kita mempercayai bahawa disamping kita berusaha dan merancang akan kehidupan di dunia ini, Allah telah menentukan segala sesuatu itu dan terletak di dalam kekuasaanNya |
MENGUCAP DUA KALIMAH SYAHADAH | |
"Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu adalah pesuruhNya". Dengan Shahadah, kita mengabdikan diri dengan hati sanubari dan dengan pengakuan lidah bahawa Tuhan yang Mana Esa itu adalah Allah s.w.t dan Nabi Muhammad itu adalah pesuruhNya. | |
SOLAT LIMA WAKTU SEHARI SEMALAM | |
Dengan sembahyang kita mengabdikan seluruh tubuh badan kita menyembah kepadaNya.Mulai dari lidah membaca, tangan bergerak, mata, telinga dan fikiran terpusat dengan susunan rukun sembahyang yang diajar oleh Nabi SAW. | |
MENGELUARKAN ZAKAT | |
Dengan zakat, kita mengabdikan kepada Allah dengan menyerahkan sebahagian dari harta milik kita kepada mereka yang berhak menerimanya | |
BERPUASA DI BULAN RAMADHAN | |
Dengan berpuasa, kita mengabdikan hawa nafsu dan segala keinginan kita kepada Allah dengan menahan nafsu makan dan minum serta menjauhkan laranganNya. Ini secara langsung akan melahirkan rasa keinsafan serta meningkatkan ketakwaan kepada Allah swt | |
MENGERJAKAN HAJI DI BAITULLAH | |
Dengan mengerjakan haji, kita meyembah Allah dengan harta kekayaan milik kita dan mengunjungi ke Baitullah kepada mereka yang mempunyai kemampuan sekurang-kurangnya sekali dalam hidup. |
Ertinya :
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah |
Syahadah ini hendaklah dilafazkan dengan lidah dan ditasdiqkan (ingatkan dengan tetap) di dalam hati. |
RUKUN SYAHADAH |
Menetapkan zat Allah. | |
Mengakui zat Allah iaitu sifat Allah adalah paling sempurna. | |
Menetapkan perbuatan Allah sebagai perbuatan Dia sahaja dan tidak sama dengan perbuatan makhluk. | |
Menetapkan dan meyakini bahawa agama yang dibawa Rasulullah sahaja yang benar. |
SYARAT SYAHADAH |
Mampu menyebut dan membacakan kalimah Shahadah ( diucapkan dengan lidah ). | |
Hendaklah meyakini dalam hati maksud syahadah iaitu meyakini hak-hak Allah dan Rasul. | |
Jangan ada di dalamnya syak ( 70 – percaya, 30 – tidak percaya ) | |
Jangan ada di dalamnya zan ( 50 - percaya dan 50 tidak percaya ) | |
Jangan ada waham ( 30 – percaya dan 70 lagi tidak percaya ). | |
Beramal dengan apa yang diyakini, dan menolak segala sesuatu yang merosakkan syahadah. | |
IMPLIKASI SYAHADAH YANG SEBENAR |
Kesan Dunia – Memberi kebahagiaan sepanjang hidup dan tidak akan tersesat. | |
Kesan Akhirat – bawa syahadah bila bertemu Allah dan Allah akan bertanya kalimah tersebut di alam barzakh sehingga ke padang Mahsyar. Menentukan kebahagiaan kehidupan di akhirat. |
10 PERKARA YANG MEMBATALKAN SYAHADAH |
Menyekutukan Allah | |
Bertawakal kepada makhluk (gantung nasib pada makhluk), Konsep sebenarnya kepada Allah taala sahaja. | |
Mengkafirkan orang Islam yang telah nyata Islamnya. Dan tidak mengkufurkan orang kafir yang telah nyata kufurnya. | |
akin dan percaya ideologi yang dibawa oleh manusia lebih baik daripada sistem Islam. | |
Mencaci Nabi dan Sunnahnya. | |
Hukum Allah menjadi sendaan dan gurauan. | |
Menenung nasib dan bermain sihir. | |
Membantu orang kafir untuk merosakkan Islam | |
Beranggapan bahawa keluar daripada Islam tidak apa-apa | |
Menolak sebahagian daripada Al-Quran dan menerima sebahagian Al-Quran. |